Mungkinkah Ini Merupakan Seluar Jeans Terkecil Di Dunia?

smallest-pair-of-jeans3-600x399

Imej dari odditycentral.com

Di Turki, seorang tukang jahit yang dikenali sebagai Kasim Andac, 34, telah menjahit sehelai seluar jeans yang dikatakan seluar terkecil di dunia dengan ukuran lebih kurang 0.9 cm.

Lebih istimewa lagi, seluar sekecil itu berjaya dijahit dengan menggunakan mesin jahit. Kebiasaanya untuk membuat seluar panjang yang berukuran kecil hanya boleh dijahit menggunakan tangan. Namun tidak bagi Kasim kerana dia mampu menjahit seluar sekecil itu dengan menggunakan mesin jahit. Hebat bukan?

Kasim turut berharap seluar jeans yang dihasilkan olehnya berjaya mendapat pengiktirafan dari Guiness Book of Records untuk kategori seluar jeans terkecil di dunia. Dia akan berjaya atau tidak, sama-sama kita nantikan.

smallest-pair-of-jeans2-600x400

Imej dari odditycentral.com

Sumber: odditycentral



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments