Polis Bantuan Jadi Tarikan Di Lapangan Terbang

Imej dari Facebook Changi Airport

Nampaknya anda kini tak perlu bersusah payah untuk mendapatkan info tentang jejaka ataupun gadis misteri igauan anda. Bila semuanya di hujung jari anda, sekejap je identiti mereka akan anda ketahui.

Minggu lepas ini seorang polis bantuan di Lapangan terbang Changi, Singapura menjadi viral di media sosial kerana dia dikatakan terlalu kacak.

Selepas gambarnya menjadi viral, identiti lelaki yang dikenali sebagai Lee Minwei telah didedahkan di Facebook rasmi milik lapangan terbang itu.

Lee Minwei, 22, baru tujuh bulan berkhidmat di lapangan terbang tersebut.

Wajah Lee menjadi viral selepas seorang wanita memuat naik fotonya ketika bertugas di Twitter. Rata-rata netizen memberi komen yang positif tentang lelaki kacak itu.

Sehingga kini foto Lee Menwei di Facebook telah mendapat lebih 10,000 perkongsian.

Sumber: Astro Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments