Putrajaya nafi henti visa bagi rakyat Korea Utara

Image may contain: 1 person, close-up

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan Malaysia sudah menghentikan pengeluaran visa kepada rakyat Korea Utara. Beliau berkata, laporan yang mengatakan Malaysia sudah menghentikan visa adalah tidak benar.

“Berita itu tidak benar dan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, agensi media Jepun, Kyodo News Agency melaporkan Malaysia memutuskan untuk berhenti dari mengimport pekerja dari Korea Utara susulan ketegangan antara kedua-dua negara baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Myanmar yang tidak akan memberikan kebenaran masuk kepada penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) masuk ke negara itu berhubung dakwaan pembunuhan, pemerkosaan dan penyeksaan terhadap etnik Rohingya, Zahid berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengenai perkara itu.

“Saya akan berbincang dengan Anifah untuk mendapatkan butiran terperinci usaha-usaha lanjutan yang dilakukan oleh Wisma Putra. “Dan kita akan meneliti laporan baru yang berlaku di Myanmar dan kita akan mengambil tindakan kemanusiaan dan juga tindakan diplomatik mengukut nasihat Wisma Putra,” katanya.

Semalam, Myanmar menegaskan tidak akan memberikan kebenaran masuk kepada penyiasat PBB menyiasat dakwaan pembunuhan, pemerkosaan dan penyiksaan etnik Rohingya oleh pasukan keselamatan.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to Putrajaya nafi henti visa bagi rakyat Korea Utara

Post a Comment