Kedai dobi di Muar laksana dasar pelanggan Islam sahaja

No automatic alt text available.

PETALING JAYA: Sebuah kedai dobi layan diri di Muar Johor, melaksanakan dasar “mesra Muslim” dengan menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan beragama Islam sahaja.

Gambar papan tanda “mesra Muslim” kedai itu kini tular di media sosial, lapor The Star hari ini.

Papan tanda itu berkata dobi itu hanya menerima pelanggan Islam sahaja atas faktor kesucian, selain meminta pelanggan menanggalkan kasut sebelum memasuki premis.

Pengendali dobi itu, 40, memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa beliau sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Beliau berkata orang Cina dan orang India yang beragama Islam dialu-alukan ke kedai dobinya, dan orang bukan Islam boleh menggunakan kedai dobi lain.

Pengendali itu bagamanapun enggan menjelaskan mengapa beliau mengenakan syarat itu kepada pelanggan. Pengendali itu juga enggan mengulas apabila ditanya apakah kerana beliau bimbang ada unsur “tidak bersih” seperti bulu anjing pada pakaian yang dibawa orang bukan Islam ke kedai dobinya.

Beliau juga tidak mahu gambarnya diambil.

Dasar Islam sahaja di kedai dobi itu mengundang reaksi berbeza dalam kalangan warga internet. Ada yang memuji langkah itu, dan ada juga yang mempertikaikan motif mengasingkan pelanggan atas dasar agama.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin dilaporkan memuji dasar kedai dobi itu sebagai “cantik”.

“Kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam,” kata mufti itu lapor Harian Metro.

Beliau berkata dasar kedai dobi itu tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana dengan dasar itu orang Islam tidak lagi ragu-ragu untuk menggunakan khidmat dobi layan diri, katanya dalam laporan itu.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments