Pesta Arak: Hormati pendirian kerajaan negeri Selangor anjur pesta

Image may contain: 1 person, sitting and drink

PULAU INDAH: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata setakat ini tiada maklumat diterima sekiranya Penganjur Festival “Better Beer” 2017 berhasrat untuk mengadakan di Selangor.

Azmin juga meminta semua pihak menghormati pendirian kerajaan negeri jika mahu menganjurkan pesta arak.

“Tidak pasti itu berlaku di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tidak sampai ke peringkat negeri.

“Pendirian kerajaan negeri ialah kita bukan sahaja perlu menghormati hak kaum dan agama yang lain tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bukan sahaja kita hormat tetapi kita kena menjamin dan memelihara hak kaum dan agama yang lain, itu dasar kerajaan negeri,” kata beliau kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Selangor Bio Bay Show Gallery di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihak penganjur ada memohon untuk menganjurkan pesta itu di Selangor.

Jumaat lalu, kira-kira 50 anggota NGO antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Biro Aduan Masyarakat Selangor dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia hadir dalam hiphnan bantahan penganjuran festival minuman keras itu di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta tersebut atas sebab keselamatan, selain ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.Mengulas lanjut, Azmin berkata pihak penganjur seharusnya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri ataupun PBT.

“Dalam konteks acara macam perkahwinan pun tuan rumah perlu mendapat kebenaran daripada pihak PBT bagi tujuan mengadakan majlis itu. Dasarnya kita perlu menghormati peraturan,” katanya.

Sebelum ini, Penganjur Festival “Better Beer” 2017 mempertikai laporan acara itu dibatal atas faktor keselamatan.

Dalam kenyataan itu MyBeer Malaysia merujuk komen Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas mesyuarat Kabinet Rabu lalu.

Bagaimanapun, MyBeer Malaysia berkata mereka sudah adakan festival itu secara tahunan sejak 5 tahun lepas tanpa kejadian tidak diingini berlaku sebelum, semasa atau selepas aktiviti.

Mereka berharap DBKL memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dan berbincang mengenai rayuan untuk teruskan acara itu.

Festival “Better Beer” 2017 sepatutnya berlangsung pada 6 dan 7 Oktober di Galeri Beli-Belah Publika, yang sepatutnya menampilkan 250 bir buatan khas daripada 43 kilang bir seluruh dunia.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments