Hina Sultan Perak: Pelajar sekolah ditahan

No automatic alt text available.

IPOH – Seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah ditahan kerana memuat naik status menghina Sultan Perak di laman Twitter, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya menerima enam laporan polis pada 14 Oktober lalu berhubung status di Twitter yang menggunakan perkataan menghina Sultan Perak Perak yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Menurutnya, laporan yang dibuat pengadu berikutan rasa tidak puas hati terhadap pemilik akaun laman sosial tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati punca munculnya perkataan yang menghina tersebut disebabkan perbalahan antara dua kumpulan bola sepak yang menular di laman sosial iaitu ‘Perak Power!’ dan ‘My Football Liga’ menyebabkan seorang lelaki mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya sehingga menghina Sultan Perak.

“Pada 16 Oktober 2017, pihak polis telah berjaya menangkap suspek yang dipercayai pemilik akaun tersebut dan merampas sebuah telefon bimbit yang disyaki digunakan suspek untuk memuat naik status tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Hasnan berkata, suspek berumur 19 tahun merupakan pelajar di sebuah sekolah di Muar, Johor dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada awal November nanti.

Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

“Pihak polis berharap dengan tertangkapnya suspek seperti ini, ia dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan menggunakan laman sosial sebagai perantaraan untuk meluahkan perasaan, mencaci, dan sebagainya sehingga menyebabkan datangnya aib,” katanya.

Terdahulu pada Jumaat lalu, Presiden The Bos Gaurus More Organise Brotherhood Soul (TBG Mobs), Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh berhubung kenyataan biadap seorang remaja terhadap Sultan Perak yang dimuat naik menerusi akaun Twitter yang tular.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments