Jurulatih renang ditahan, disyaki rogol pelatih

Image may contain: one or more people, pool and basketball court

KUALA LUMPUR: Polis menahan jurulatih renang negara kerana didakwa merogol pelatih skuad kebangsaan.

Difahamkan penahanan suspek yang berusia dalam lingkungan 30an itu dibuat di Bukit Jalil pada Isnin.

Dipercayai ibu bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada Ahad.

Suspek bersama pasukan negara sejak 2012 dan mangsa tidak menyertai pasukan kebangsaan pada Sukan SEA baru-baru ini.

 Ketua Polis Bandaraya, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan penahanan jurulatih berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam proses siasatan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments