Bekas doktor pasukan gimnastik AS mengaku bersalah mencabul

LANSING: Seorang bekas doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat (AS) hari ini mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan mencabul puluhan atlet wanita dalam tempoh beberapa dekad.

Lawrence Nassar yang berkhidmat dengan pasukan Gimnastik AS selama hampir 30 tahun dan bertugas merawat pasukan itu dalam empat Sukan Olimpik berasingan mungkin berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya 25 tahun atas pertuduhan yang dikemukakan di Michigan.

Nassar didakwa dengan 22 tuduhan serangan seksual di negeri Barat Tengah AS kerana mencabul atlet dengan menggunakan alasan rawatan perubatan.

Tertuduh mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan sebagai sebahagian daripada syarat rayuan. Tiga daripada mangsa berusia bawah 13 tahun sewaktu kejadian manakala selebihnya berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Nassar yang tangannya digari dan kelihatan sugul memberitahu mahkamah, dia sentiasa berdoa untuk semua mangsa serta sangat kesal dengan jenayah dilakukan, sekitar tahun 1998 hingga 2015.

"Saya mahu mereka kembali pulih. Saya mahu masyarakat kembali pulih," katanya.

Pemenang pingat emas Aly Raisman, McKayla Maroney dan Gabby Douglas adalah antara mangsa yang mendakwa dicabul secara seksual oleh Nassar. -AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments