Kedai Perabot musnah dalam kebakaran

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai perabot tiga tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, di sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah malam.

Sepasukan 65 anggota dan lima jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Jalan Hang Tuah, Setapak dan Keramat bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 12 minit kemudian.

Sebuah kedai perabot tiga tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, di sini, malam tadi. - Foto ihsan Bomba

Penguasa Kanan Bomba 2, Noor Shaifful Nizam Sulaiman, berkata ketika tiba di lokasi, api sedang marak menjilat kedai yang dipenuhi perabot.

"Setakat laporan awal yang kita terima, tiada orang berada di dalam kedai terbabit ketika kebakaran bermula.

"Bagaimanapun, kita akan memeriksa kawasan kebakaran bagi memastikan tiada mangsa yang terbabit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat dan hingga jam 1.55 pagi ini, kebakaran masih belum dikawal sepenuhnya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments