Menurut Kajian, Siapa Yang Suka Cakap Sorang-Sorang Dia Genius

Tahukah anda orang yang menyebut perkataan objek yang dilihat lebih cenderung mengingati objek yang dilihat berbanding mereka yang menghafal dengan senyap?

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh seorang pakar psikologi, Gary Lupyan dan Daniel Swigley, orang yang suka bercakap dengan dirinya sendiri lebih genius.

Ini kerana ketika anda bercakap sendiri, sel-sel otak berhubung apabila mata melihat, mulut menyebut dan telinga mendengar. Secara tak langsung maklumat tersebut akan disimpan di dalam kotak memori lebih lama.

Selain itu, ia juga membantu seseorang untuk terus fokus. Kalau ada perasan guru akan menyuruh pelajar-pelajar mereka untuk membaca sambil menyebut perkataan atau ayat-ayat yang dibacanya kerana ia boleh membantu mereka hafal serta ingat lebih cepat.

Kalau orang tanya kenapa suka cakap sorang-sorang, bagi tahu mereka menurut kajian orang suka cakap sorang lebih genius.

 

Sumber: Wanista

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments