Video Nga gelar Dr Zambry dengan gelaran pu**mak tersebar

KUALA LUMPUR – Sebuah klip video dimuatnaik ke laman Facebook yang memaparkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memberi gelaran pu**mak terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu ceramah parti itu di Ipoh, Perak Khamis lalu.

Ceramah yang diadakan dihadapan penyokong parti itu di Kg Simee, turut dihadiri beberapa pemimpin kanan DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Harapan.

Dalam video berdurasi kira-kira dua minit itu, Kor Ming mengeluarkan kata kesat tersebut selepas menuduh anugerah Nation Building Brand ICON Leadership Award-Game Changer Icon yang diterima Dr Zambry daripada BrandLaureate Ogos lalu adalah dibeli.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Asmuni Awi dalam sidang akhbar mendakwa anugerah tersebut selepas pembayaran dibuat kepada BrandLaureate.

Presiden BrandLaureate Dr KKJohan bagaimanapun menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Asmuni sama seperti menghina dan memfitnah Anugerah BrandLaureate dan beliau menuntut permohonan maaf berhubung perkara itu.

BrandLaureate juga mendesak supaya Asmuni memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang. – New Malaysian Post

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments