Malaysia alami fenomena gerhana bulan penuh

KUALA LUMPUR – Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Australia, Amerika Utara dan Asia pada 31 Januari ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena Gerhana Bulan Penuh tersebut akan turut berlaku di Malaysia

Menurut angkasa, fenomena itu akan berlangsung selama lima jam 17 minit bermula pukul 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam.

“Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak – gerhana bermula selepas Bulan terbit)

“Fasa gerhana penuh maksima pada pukul 9:29 malam dan keseluruhan gerhana akan berakhir pada pukul 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Angkasa, fenomena Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Matahari, Bumi, dan Bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan Bulan merentasi bayangan umbra Bumi.

Jelas Angkasa, Bulan perlahan-lahan akan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kembali ke warna asal sepanjang tempoh lima jam.

Kata Angkasa, warna kemerahan yang akan dapat dilihat berbeza daripada gerhana bulan penuh lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan atmosfera.

Tambah Angkasa, ketika hampir berlaku gerhana pada 31 Januari 2018, Bulan baru melepasi kedudukan perigee iaitu pada 30 Januari 2018 dengan jarak 358,993 kilometer dari Bumi.

Ujar Angkasa, ia sekaligus menjadikan gerhana kali ini “Gerhana Supermoon’ (antara takrifan ‘Supermoon’ apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000 kilometer dari Bumi).

“Tiada peralatan tertentu yang diperlukan untuk menikmati fenomena ini. Paling utama adalah keadaan cuaca di tempat masing-masing semasa ia berlaku.

“Namun, penggunaan teleskop dan binokular akan dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas,” kata Angkasa.

Sehubungan itu, kata Angkasa, Observatori Negara Langkawi akan mengadakan aktiviti pencerapan untuk orang awam menyaksikan fenomena itu.

Beberapa buah teleskop mudah alih akan disediakan kepada pengunjung yang hadir dan penyertaan adalah percuma.

Lokasi-lokasi lain yang boleh dikujungi oleh orang ramai untuk aktiviti pencerapan adalah seperti berikut :

a) Planetarium Negara, Kuala Lumpur
c) Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
d) Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor
e) Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
f) Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza)
g) Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory)
h) Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments