Penyanyi The Cranberries, Dolores O'Riordan meninggal dunia

DUBLIN: Dolores O'Riordan, 46, penyanyi utama kumpulan rock, The Cranberries, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di London, lapor stesen penyiaran Ireland, RTE, sebentar tadi.

Menurut laman web rasmi The Cranberries, kumpulan itu yang berasal dari Ireland, mencapai puncak kemasyhuran pada sekitar 1990-an dengan lagu bertajuk 'Linger' dan mencatat rekod jualan sebanyak 40 juta unit.

Sementara itu, RTE yang memetik kakitangan publisiti O'Riordan melaporkan, mendiang meninggal dunia ketika sedang menghadiri sesi rakaman di London.

"Ahli keluarga amat terkejut selepas menerima berita kematian ini dan memohon supaya diberikan masa untuk bersendirian bagi menempuh tempoh sukar ini," lapor RTE yang memetik kakitangan publisiti terbabit.

- Reuters



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments