Pertemuan Sajat – Jakim dianggap positif

Umum maklum, Nur Sajat menyambut baik pelawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan pertemuan berhubung isu jantina yang didakwa menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Susulan perkara itu, kehadiran beberapa pegawai Jakim ke premis perniagaan milik Nur Sajat pada petang Selasa telah menimbulkan pelbagai persepsi dan seribu tanda tanya kepada orang ramai.

Pun begitu, usahawan terkenal itu dilihat tidak lokek untuk berkongsi serba sedikit ‘inti pati’ mengenai pertemuan secara tertutup berkenaan.

enurut Sajat, kunjungan diketuai Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof merupakan sebahagian daripada proses perkenalan.

Katanya, pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang soalan provokasi yang mana lebih ke arah mengenal siapakah diri Nur Sajat yang sebenar.

“Perjumpaan semalam tidak ada sebarang topik panas yang dibincangkan. Hanya sekadar sesi perkenalan untuk mengenal lebih lanjut siapa Sajat.

“Saya dan kedua-dua ibu bapa menyambut kedatangan Jakim sama seperti tetamu lain. Sebagai tuan rumah, orang datang tempat kita, harus dilayan baik-baik,”

Sementara itu ditanya mengenai adakah Jakim mendapat pengesahan berhubung identiti dirinya, Nur Sajat bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sebaliknya ‘wanita’ tersebut lebih berasa selesa untuk tidak berkongsi rahsia semua perkara mengenai pertemuan secara dua hala itu.

“Maaf ya, apa yang kami bincangkan rasanya biarlah hanya diketahui oleh kami sahaja dan tak perlu untuk dikongsi semuanya.

“Secara keseluruhannya, pertemuan kami membawa makna sangat positif dan Insya-Allah akan ada jalan penyelesaian,” katanya.

Tambahnya, beliau mengambil pendekatan untuk ‘berpuasa mulut’ berhubung hal itu kerana sedar akan sikap segelintir orang ramai lebih gemar menjadi ‘malaikat penghukum’ berbanding memberi kata-kata semangat.

Ekoran itu, beliau lebih selesa untuk mengadakan perjumpaan secara tertutup dan tidak terlalu terbuka berhubung hal tersebut.

“Netizen hanya tahu mengkritik dan menghentam. Apa sahaja kita lakukan ada yang tak kena di mata mereka.

“Jadi lebih baik saya diam dan tak perlu nak komen lebih-lebih!” ujar pengasas kosmetik Let’s Cantik itu.

Dalam perkembangan lain, Sajat turut tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada lagi pertemuan lain dengan pihak Jakim pada masa akan datang.

Bagaimanapun katanya, beliau masih belum dapat berkongsi tarikh dan waktu mengenai perjumpaan selanjutnya.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments